Want your
own Fotopage?









 
Sayang Mama dan Papa Alesha n An-Nisa Abriza versi II
Lilypie 1st Birthday Ticker
By: Zaimah Noh

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]
Monday, 26-Feb-2007 04:08 Email | Share | | Bookmark
Keadaan Zaimah... terkini

Hari nie 26hb Feb), 1st day zaimah nak try ke opis selepas MC sepanjang minggu lepas. Ingatkan dia boleh bertahan sepanjang hari nie. Tapi baru sejam lebih dia ke pejabat, perut dia mengeras dan sakit balik. So now, zaimah terpaksa balik ke rumah semua untuk berehat.

Sepatutnya, doktor dah minta dia duduk wad aje. Tapi dia tak mau masuk wad, nak duduk rumah aje. So duduk rumah kena base on MC certificate la. Habis tarikh MC, sure kena balik ke opis balik.

I'm thinking untuk suruh zaimah amik unpaid leave sehingga bersalin, but she said that kerja dia banyak. Dia ade projek yang perlu disiapkan. Projek Hari ICT peringkat N9 dan ntah apa-apa lagik.

Kekadang saya terasa nak minta semua sakit tu jatuh pada saya, so that dia cuma perlu mengandung and bawa baby jer... all the pain go to me... tapi zaimah ckp, lebih baik dia yg sakit, sebab dia boleh bergantung hidup ngan saya... tapi kalau saya yg sakit... dia akan jadi buntu dan x tentu arah... dia ckp saya lagi kuat dan tabah dari dirinya... but i think... zaimah lagi kuat dan tabah dari saya... dia masih mampu tersenyum, buat jenaka dan berlakon ibarat tiada apa yg menyusahkan hidupnya di hadapan semua org, baik keluarga, kekawan, rakan sepejabat mahupun sesiapa saja... tapi disebalik senyumannya... dia terlalu menderita 'jiwa' nye...

Saya sentiasa berdoa yg dia akan terus tabah selamanya....


shamsul @ laloque

Most recent comments... (In posting order)
**salam perkenalan.....mira harap zaimah terus tabah & sentiasa dilindungi Allah,..perbanyakkan istighfar....makanan yg diambil semestinya perlu ada zat & berkualiti.... Mon 26-Feb-2007 09:21
Posted by:mira  - [Link]
nie yg sedih baca nih...patut la pun lama x update... harap zaimah banyak2 berehat & jng la aktif sngt...saya sentiasa mendokan yg terbaik utk zaimah & baby...harap semuanya selamat nanti k....
sampaikan salam saya buat zaimah..
Mon 26-Feb-2007 16:02
Posted by:~ibu shasya~ nurlelam@digi.com.my  - [Link]
Tahniah Zaimah dan Shamsul atas kelahiran Nisa Abriza
Tue 27-Mar-2007 01:31
Posted by:mamacute sitie05@yahoo.com


Thursday, 22-Feb-2007 01:31 Email | Share | | Bookmark
Zaimah tidak berapa sihat

A'kum w.b.t.

Maaf kerana menggunakan ruangan ini. Cuma saya berasa terpanggil untuk memaklumkan kepada kesemua sahabat isteri saya.

Isteri saya zaimah sedang mengalami beberapa masalah berkaitan dengan kandungan. Baby dlm kandungan nye telah terturun ke bawah walaupun usia kandungan baru nak masuk 8 bulan. Kami telah pergi berurut kepada beberapa bidan, tetapi kandungan tersebut tetap menurun dan berada dalam keadaan sedia untuk dilahirkan.

Keadaan tersebut menyebabkan zaimah sentiasa berada didalam kesakitan pada abdomennya serta bahagian atas perutnya dan sering terjadi keadaan perutnya mengeras seakan-akan keadaan saat-saat kelahiran akan berlaku. Kami telah berulang kali bertemu doktor malahan sehingga doktor pakar. Kata mereka mungkin disebabkan gastrik atau kencing kotor. Zaimah telah diberikan anti-biotik dan ubat Ural bagi tujuan mengatasi kencing kotor tersebut serta ubat gastrik. Namun, keadaan tidak banyak berubah... kesakitan pada abdomen dan perut tetap berlaku dan berulang-ulang... dan sering disusuri dengan keadaan perut mengeras. Saya amat risau kemungkinan zaimah akan bersalin pre-mature.

Saya mohon bantuan sahabat semua sekiranya pernah mengalami masalah yang sama agar dapat memberikan panduan serta cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut.

Buat masa ini zaimah sedang bercuti sakit kerana beliau tidak mampu untuk berdiri lama dan bergerak dengan cergas.


~shamsul @ laloque

mmm....betol. doc akan bg injection kt punggung utk kuatkan paru2 baby. sakit sgt injection tu....tp masa tu mmg tak peduli sgt dgn rasa sakit tu, yg penting baby selamat. kita sama2 lah berdoa yea. so...laloque bgtau lah kami perkembangan zaimah k. Mon 26-Feb-2007 03:29
Posted by:along naimah haieim16@yahoo.com.sg
Insya ALLAH semuanya akan berlalu dengan kebahagian. Doa saya semoga keduanya akan selamat Mon 26-Feb-2007 03:51
Posted by:lynn liana_adhlin@yahoo.com.sg  - [Link]
salam,
Laloque & Zaimah,
saya ada pengalaman yang sama seperti zaimah alami...at stage 32 weeks baby dah nak keluar...keluar masuk hospital tu..perkara biasa...sampaikan naik stress memandang muka doktor & nurse... injection matangkan paru2 baby sampai tak larat nak amik...dan akhirnya...baby saya tetap lahir pre-mature..at border line... 35 weeks,..nasihat saya...kalau boleh..biarlah sampai baby cukup bulan..sebabnya...anak saya lama di ICU.. terlalu pedih kalau nak ingat kenangan masa tu...saya sedia berkongsi cerita...ada gambar anak saya di FP saya...

buat zaimah: Lebih baik rehat sahaja....jangan banyak bergerak...dan kena tabah (but I know u sangat tabah...) apa2 pun...semoga semuanya selamat ok..
Tue 27-Feb-2007 01:07
Posted by:mama hadif intanaziela@yahoo.com  - [Link]
View all 15 comments


Monday, 12-Feb-2007 23:16 Email | Share | | Bookmark
Kenduri @ Rantau

~haris... kecut badan kang
~aku, elly & elin sedang mengupas bawang
~cik arshad tgh tengok api arang utk BBQ
View all 15 photos...


Hari Ahad baru nie, keluarga mertua ku buat majlis kenduri doa selamat sempena adik ipar ku (alang) nak bertunang 18 Feb nanti. Akhirnya terbukak jugak ati dia untuk berkawen... kenal 3 bulan jer... ustazah lak tu... hebat!!! hikhikhik

Tapi cam maner pun... aku tetap jadi menantu sulung paling mude... hikhikhikhik

Zaimah.. saya dengar awak kurang sihat.... saya harap awak cepat2 sembuh
dan kuatkan semangat.... semoga selamat hingga ke akhirnya...
psttt.. awak nampak tembam sikit ler... iya ke??
Wed 21-Feb-2007 03:27
Posted by:Mummy Umairah&Darwisy  - [Link]
sukanya baby main air

more editing and
update at :-
http://sfawani.fotopages.com
www.sfawani.com

Fri 9-Mar-2007 07:31
Posted by:Shukri Sfawani sfawani@hotmail.com
salam..i terbukak fp u and baby u so cute ..syukur alhamdulilah..and one more thing..i ternampak gambar u and elly (baju kurung hijau bertudung) dok kopek bawang tu..si elly tu cam muka kawan i masa study kat UTM..btul ke dia pernah study kat UTM..kalau i silap org jangan marah yeaa..kalau btul..u ada contact no dia..or dia ada fp gak ke..apa website dia...nak keep in touch lah ngan dier Wed 28-Mar-2007 09:42
Posted by:ezpn ezpn@yahoo.com
View all 5 comments


Tuesday, 6-Feb-2007 01:25 Email | Share | | Bookmark
Reunion Kelab Kenu UUM...

~sape sangka... itu adalah aku!! hikhikhik
~ngan geng Kelab Kenu UUM di Jeram Sedim
Seronok nyer.. kekawan geng kelab kenu jaman memude mase kat UUM dulu nak wat reunion kat Tiara Beach Resort, PD awal bulan Mac nanti. Wah!!! best nyer.. x sabar nak jumpe sume org. Lama nyer x dapat berkumpul reramai. Sure best nanti nie...

psssttt... minggu lepas gi wat 3D Scan.. saya dah dpt tgk bayangan muke baby.. hikhikhik.. saling tak tumpah cam muke kakak dia... Adakah baby ini merupakan bayangan Lesha... ops! lupe... baby girl lagi... ermmmm.. ape nama yg kitorg nak bagi kali nie pulak ek??

Bagi pihak zaimah.. saya cuma ingin bagi tahu yang beliau semenjak 2 menjak nie tidak berapa sihat. Tuntutan tugas yg mendesak juga tidak memungkinkan beliau mengemaskin FP nya secara kerap. Malahan hari ini, beliau MC... doakan kesihatan nya... amin Fri 9-Feb-2007 00:32
Posted by:shamsul @ laloque
Salam tuk Imah & hb. Sedihnya baca versi 1. Semoga kehadiran baby baru akan menceriakan hidup kalian berdua. Salam kenalan dari Shida
Semoga Imah beroleh kesihatan hendaknya.
Fri 9-Feb-2007 09:09
Posted by:Sweet Frosting 4 cuppies lovers  - [Link]
semoga kuat smangat ye...zaimah...
bb girl lagi yea....kami doakan....ibu n bb slamat nanti....
Fri 9-Feb-2007 09:37
Posted by:m0mma HarithDarwisY : farah  - [Link]
View all 5 comments


Monday, 15-Jan-2007 23:01 Email | Share | | Bookmark
My best friend wedding

Sebelum bertolak ~ sempat lagi bergambar
Dalam kereta pun nak posing
Jijah ~ masa bersiap hehehe
View all 12 photos...



~ Kepada jijah @ Bahizah
Selamat pengantin baru, semoga kekal hingga ke akhir hayat, sori sgt tak dpt temankan ko lama2 mcm mana ko temankan aku dulu, budi dan jasa ko, kebaikan ko, aku akan igt selagi hayat dikandung badan.

~ Kepada Rep,
Sori my friend, tak sempat nak mekap gambar, kojo bertindihhh nih haaa....

From ur fren,
Makmah

Assalamualaikum, saya pun kematian baby kecil November lepas. Umur Amir time tu 6 bulan 19 hari. Boleh la arwah Amir dan Alesha bermain-main di syurga, insya Allah. Kalo free, email la saya..saya rasa byk perasaan yg kite alami hampir sama..saya pun rasa cemburu bila membaca satu entry hubby awak yg mengatakan awak bermimpi bermain2 riang ngan arwah Alesha..bestnyer mimpi tu! Fri 26-Jan-2007 02:20
Posted by:Cat@Mama Amir k3nadd@gmail.com  - [Link]
lama x jengok FP zaimah lps tukar ke viruspadu2 tp tiba2 hati saya terpanggil nak masuk viruspadu2 slps lagu "terlalu istimewa" menang AJL - 22 baru2 ini. Saya x tahu kenapa kalau dengar lagu ni saya akan teringat pd arwah alesya. semoga dia gembira. by de way, saya terkejut sbb rupanya arwah bakal mendapat adik. Saya doakan bb n ibu selamat. Sun 28-Jan-2007 18:49
Posted by:min
saya pun sama seperti min... dengar lagu tu mengembalikan nostalgia pada arwah...
sayu dengar lagu tu... saya orang paling gembira bila lagu tu dinobatkan Juara Lagu...
Mon 5-Feb-2007 07:08
Posted by:Suzi~Ummi Haikal suzi_khai@yahoo.com  - [Link]
View all 14 comments


Thursday, 11-Jan-2007 08:40 Email | Share | | Bookmark
Selamat Tahun Baru Hijrah Semua

~cantik tak... posing maut
~aku pun posing maut juga xmoh kalah
~cincin baru buat penenang hati isteri
A'kum w.b.t

Minggu depan kita akan menyambut tahun baru hijrah bagi tahun 1428. Tahun yang kita umat islam sendiri lupakan. Entah la... kalau tahun masihi, kita siap sambut dengan bungapi, dengan cuti umum, dengan ucapan "happy new year'... tapi bila tahun hijrah... hanya pak imam, bilal, siak, tok mudim ngan beberapa kerat ahli makmum jer yang beriktikaf di surau usang bagi "meraikan" tahun baru hijrah itu.

Tahun hijrah juga ada ucapan selamatnya. Bermula dengan doa akhir tahun dan diikuti doa awal tahun selepas solat maghrib petang tahun baru itu. Lebih baik dan muliakan??? Ermmmm... entahlah.. kekadang aku sendiri lupa nama bulan dalam tahun hijrah apatah lagik urutan bulan-bulan itu. Malahan kekadang sekarang ini kita berada di tahun hijrah ke berapa ribu pun aku kena belek kalendar atau surat khabar...

So... akhir kalam... selamat tahun baru hijrah semua sahabat FP isteri ku. Dan buat isteriku, abang sentiasa menyintai mu dan menyayangimu selamanya....

Wassalam...

p/s:- nanti abang ganti balik semua barang yg kena curi tu...

~shamsul a.k.a laloque

selamat thn baru hijrah juga :->amboi masing berposing nampak...bertuah zaimah dapat cincin..... Fri 12-Jan-2007 05:18
Posted by:*Ibu balqis* effara@digi.com.my  - [Link]
bestnyer... dapat cincin tahun baru ker???...
Sat 13-Jan-2007 04:09
Posted by:Mummy Umairah&Darwisy  - [Link]
kesian nyer baca blog rumah zaimah kena masuk pencurik tuuu.. jahat betul kan pencurik niee.. umah ann dulu pun pernah kena masuk pencuri.. amik ann nyer notebook.. .. jahat betul dorang tu kann.. pepe pun selamat menyambut ma'al hijrah.. Mon 22-Jan-2007 03:25
Posted by:::Ann:: annezies@gmail.com  - [Link]
View all 7 comments


Tuesday, 9-Jan-2007 00:09 Email | Share | | Bookmark
Korban Lembu Kat Rumah Mertua

~lombu yg dikorbankan kat belakang rumah mertua ku
~proses melapah oleh penduduk kg yg datang membantu
~hubby ku & haris yg sibuk nak tengok lembu korban
View all 8 photos...
Nie gambar hari raya korban. Sekor lembu telah dikorbankan belakang rumah mertuaku jer. Tapi aku tak gamak nak tengok....

ntah nyer mmah... bile la aku nak merasa masakan ko.. Tue 9-Jan-2007 13:43
Posted by:rep ciklycyber@yahoo.com  - [Link]
jaga kesihatan akak lek-lok ye...my dad send regards to u.... Tue 9-Jan-2007 16:45
Posted by:aza zif_1006@yahoo.com
wahh.... tumbang sekor lembu thn nie ye???
thn depan zaimah bole wat aqiqah sekali....
selamat Tahun Baru to Zaimah..
Wed 10-Jan-2007 05:49
Posted by:Mummy Umairah&Darwisy  - [Link]
View all 6 comments


Tuesday, 2-Jan-2007 23:14 Email | Share | | Bookmark
Pecah Rumah @ Tahun Baru 2007

~keadaan katil yang berserakan
~pingat kerajaan kepada suamiku turut dipotong
~Keadaan pakaian berserakan


Kejadian: 1/1/2007
Masa: Antara Jam 11.00 pagi dan 2.00 tengahari
Antara yang hilang: Barang-2 kemas dan Laptop Office (uwaaaaaaaaaa)

Tanggal 1 Januari 2007... Tatkala org bergumbira meraikan kedatangan tahun baru. Tatkala org memikirkan apa azam baru. Tatkala org merancang kehidupan yang baru. Pagi keramat itu, kami telah disamun hanya dalam masa beberapa jam kami keluar gi giant untuk membeli belah keperluan dapor. Penyamun yang hampes telah merampuk rumah kami. Aku kehilangan semua barang kemas hadiah perkawenan ku dan sebuah laptop pejabat. Paling aku ralat sekali adalah kehilangan sebentuk cincin perkawenan + pertunangan. Itu merupakan cincin tanda kasih kami, cincin yg perlu diabadikan selamanya. Apakan daya... Telah takdirnya terjadi begitu, cincin pertama pemberikan ku kepada suami.. Cincin yg paling suamiku sayang. Aku mengumpul duit berdikit-dikit untuk membeli batunya, dan ditempah... Turut ilang, oh sedih dan terkilannya. Yelah... Telah tersurat dan takdirnya demikian... Apa yang kami mampu lakukan hanya reda, rela dan bersyukur kerana ketika kejadian kami keluar untuk membeli keperluan dapor. Bayangkan kesudahannya, sekiranya pada masa itu aku dan suami berada dirumah ketika penjenayah melakukan rompakan. Aku dan suami berdoa agar penjenayah itu insap akan perbuatannya dan kembali ke jalan allah.

bersabar jelah Sat 17-Nov-2007 17:49
Posted by:syah
bersabar jelah Sat 17-Nov-2007 17:49
Posted by:syah
bersabar jelah Sat 17-Nov-2007 17:49
Posted by:syah
View all 19 comments


Tuesday, 26-Dec-2006 08:36 Email | Share | | Bookmark
Rumah @ Rantau Nogori Sembilan

pandangan penjuru
pandangan tepi
Ini lah rumahnya, belakang rumah contoh
View all 5 photos...
Semalam, dah alang2 balik rantau, kami pun tergeraklah nak menyinggah ke bandar ekar. Nak tgk apalah agaknya progress rumah yang kami beli dah lama dulu. Ahaks.


~Rumah contoh pun dah berkarat (pandangan dari hadapan)

Inilah kediaman yang saya dan hubby beli di bandar ekar rantau, negeri sembilan.
sebenarnya kami booking rumah ni lama dah pada Disember 2004, selesai pembayaran pertama yang 10% tu dalam bulan Jun 2005, tu dia, lama kan prosesnya. Mana taknya nak apply kelulusan nak keluarkan duit KWSP pun nak makan masa yang lama, dengan sign aggrement yang macam2 lagi adulahaiiiii... mula bina pada november 2006, geramnya kan, berapa lama gap dia, buat sakit hati ajer.


inilah rumahnya, belakang rumah contoh

Rumah ini, seperti yang tertulis dalam surat perjanjian akan siap pada April 2007 (kalau tak silap la). Tapi tak tahu la macam mana, tgk progressnya pun slow ajer, selalu membuatkan jantung aku berdegup laju memikirkan rumah ni, jangan x siap dan terbengkalai dah la, risauuu tau.

amik corner lot yer..best la ada compound bleh tanam pokok kan. Rumah kitorang beli kat bangi dah 70% siap. Ish..tak sabo nak duduk umah sendiri nih. Punyer la excited sampai satu hari tu 2 kali g tgk rumah,pagi & petang . Tapi rumah intermediate, so kalau nak tanam pokok kena dlm pasu. Sib baik kat blkg rumah ada space sikit. Nanti kalau rumah dah siap & nak buat house warming, jgn lupa jemput yer.. Fri 29-Dec-2006 07:12
Posted by:umisha umieshazubir@hotmail.com  - [Link]
thanks for wished me hepi bufday...
zaimah ape kabar? sbenranye saya dah lame ikuti FP ni..
since yg 1st dulu lg...
dan penah ber `sms' ngan zaimah masa arwah masih ade...

skang dah brape bulan..? congrats!!
Sat 30-Dec-2006 11:03
Posted by:m0mmA HArith DarwisY@farah farah_fazlin@jabil.com  - [Link]
whow...!!! besarnya ghumah... sabar ye zaimah maybe next year siap la kot... Sun 31-Dec-2006 15:32
Posted by:~ibu shasya~ ibualesha@yahoo.com  - [Link]
View all 5 comments


Monday, 25-Dec-2006 23:45 Email | Share | | Bookmark
BBQ

~suri tgh membakar kambing
~makan kat belakang rumah mertua jer
~ali bawak bebudak main kat laman belakang rumah mertua
View all 4 photos...
Error pulak nak masukkan gambar bbq kat entry bawah, terpaksa buat satu lagi entry


Most recent comments... (In posting order)
waaa...meriahnyer...bbq lg...emm..mmg best!!
sonok la bercuti satu family mcm nih ek...siap ada aktiviti berkayak lg...cik abang zimah mmg teror berkayak agaknya..
Tue 26-Dec-2006 00:26
Posted by:~ibu shasya~ ibualesha@yahoo.com  - [Link]
wah soqonok sakan koma sumo ye...bahgio la hendoknye... Tue 26-Dec-2006 04:07
Posted by:kakcik


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.