|
|
| Friday, 1-Sep-2006 00:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Selamat hari Kemerdekaan
|
 |
|
Mini taman, baru nak belajar bercucuk-tanam
|
|
 |
|
Pisang nie bila nak masak??
|
|
 |
|
Gondol terus rumput kat laman rumah dikerjakan suamiku
|
| | View all 6 photos... |
|
A'kum...
Rasanya belum terlambat untuk saya dan suami mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan. Semoga kita terus merdeka minda, hati dan kelakuan kita. Dan semoga sahabat semua bergembira meluangkan masa rehat hari Kemerdekaan bersama keluarga dan rakan-rakan.
Kami tidak kemana-mana. Pada hari kemerdekaan, kami cuma memerdekakan laman rumah kami dari semak dan lalang saja. Niat tu nak buat mini taman. Entahlah... jadi ke tidak.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 30-Aug-2006 04:50 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan semua..
|
 |
|
Hadiah Hari Lahir Ku...
|
|
 |
|
Cantik tak?
|
|
|
|
Selamat menyambut hari kemerdekaan dan selamat bercuti semua. Semoga anda semua dirahmati Allah.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 28-Aug-2006 04:11 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kejutan suami yang tidak menjadi...
|
 |
|
Semangat nak naik Menara KL
|
|
 |
|
Jenjalan tengok pameran Arabian Night
|
|
 |
|
Kecewa ke?? Entah lah...
|
| | View all 6 photos... |
|
Sabtu lepas, suamiku konon nak buat surprise. Nak bawa aku makan di Restoran Seri Angkasa, Menara Kuala Lumpur. Katanya sempena meraikan ulang tahun perkawenan kami yang ke-3 serta sambutan hari lahirku yang ke-26 tahun. Kebetulan tarikh perkawenan kami dan hari lahirku jatuh pada bulan yang sama... Sebetulnya, agak terlalu awal perancangan ini dibuat. Kerana aku faham, suamiku nanti akan 'outstation' pada tarikh yang sebenarnya nanti....
Rupanya telah seminggu tempahan dibuat di Restoran tersebut oleh suamiku. Dengan wajah yang ceria, hati yang terujah, kami bertolak dari Seremban pagi itu ke Kuala Lumpur. Kami tidak terus ke Menara Kuala Lumpur kerana tempahan dibuat untuk makan malam. Kami singgah dahulu di rumah ibu-bapaku di Kampung Cheras Baru, KL.
Selepas Asar kami bertolak ke Menara KL. Memandangkan masih awal, kami bersiaran dahulu di sekitar Menara melihat gerai serta pameran "Arabian Night". Bila sampai masa yang ditetapkan, ketika kami ingin menaiki menara ke restoran, rupanya terdapat satu peraturan berpakaian yang perlu dipatuhi untuk makan di restoran tersebut. Pelanggan tidak boleh berseluar pendek, jeans lusuh, slipar dan bla..bla..bla.. Kecewa sungguh hati suamiku. Kenapa mereka tidak memaklumkan sewaktu tempahan dibuat. Kami datang dengan bersandal sahaja, walaupun pakaian telah menepati syarat. Aku dapat lihat riak kecewaan telah bertukar di wajah suamiku. Apa yang dirancangnya tidak menjadi. Namun, untuk tidak menghampakan harapan suamiku, aku mengajaknya ke Casablanca.. Kata suamiku ia terlalu jauh, maka kami bertukar tujuan ke KLCC.
Di KLCC, kami meraikan anniversary kami di the Chilli's. Makan grill lamb shoulder dan boneless chicken salad. Walaupun suasana agak riuh rendah, tetapi amat membahagiakan. Kami amat gembira, kerana telah 3 tahun kami hidup bersama! Terlalu banyak suka duka kami lalui berdua. Aku tidak kisah walau di mana saja kiranya suamiku ingin meraikan ulang tahun perkawenan. Kerana bagi ku bukan tempatnya yang menjadi pilihan. Tetapi, waktu yang diluangkan berdua itu yang paling berharga!!! Tiada nilai yang dapat diletakkan padanya. Kerana pada saat itu, kami akan menghabiskan masa dengan mengimbau cerita-cerita lama berdua.
Kami sebenarnya ada satu restoran yg menjadi kegemaran kami. Restoran Johnny's Steamboat... Kerana banyak peristiwa berlaku di sana. Di restoran Johnny's Bandar Utama, suamiku menyatakan hasrat untuk melamar. Di Johnny's the Mines, kami merancang perkawenan, meraikan pertunangan, perkawenan. Di Johnny's Alamanda kami abiskan masa menenangkan fikiran di saat Alesha sakit.. Di Johnny's Seremban, kami mula bersemangat dan bangkit semula selepas Alesha meninggalkan kami... Kami pernah menyatakan bahawa setiap hari istimewa kami, akan diraikan di Johnny's!!! Mungkin sebab kami beralih arah untuk meraikan di Menara KL, maka rancangan kami tidak menjadi..
Terima kasih sayangku... semoga kita terus bersama hingga ke akhir hayat!
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 20-Aug-2006 08:18 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hari ke-100 Pemergian Alesha
|
|
|
Alfatihah...
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 13-Aug-2006 23:24 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Berehat Hujung Minggu
|
 |
|
Suamiku gemar berkaraoke
|
|
 |
|
Lagu kegemarannya... "Apabila Isteriku Tertawa"
|
|
|
Dari Blog Suamiku...
Hari minggu lalu (13 Ogos 2006). Hari itu aku plan nak meracun rumput lalang di sekeliling rumah serta memesin rumput. Rumput lalang tu belum la berapa tinggi lagi, tapi aku dan isteri merancang untuk menukar dengan rumput karpet. Untuk itu rumput lalang tu perlu dihapuskan terlebih dahulu.
Sepanjang pagi aku memesin rumput dan lalang, setelah itu diracun pula agar rumput lalang tu benar-benar mati!...
Hari itu juga isteriku membuat satu surprise! Bila dilihatnya aku telah abis bekerja. Cepat-cepat diletakkan alat UPT di atas meja sebelah peti sejuk. Kerana dia pasti aku akan melalui tepian meja untuk mencapai air sejuk di dalam peti sejuk.... Sebaik aku melihat alat UPT tersebut, kelihatan didalam kotak ujiannya terdapat dua garisan merah yang amat jelas!! Aku terus menjerit... dan ketawa... entahlah... terlalu gembira, mungkin sedikit terkejut.. isteriku MENGANDUNG lagi!!!! Jeritan ku itu disambut dengan ketawa kegirangan dari isteriku.... kami bergembira... bukan!.. terlalu gembira!!! Akhirnya Alesha telah mendapat seorang adik! Allah... tiada ucapan kesyukuran yang mampu ku luahkan... kesabaran telah berbalas.
Ketawa isteriku merupakan ubat lelah, penghapus duka bagi ku. Semenjak dahulu lagi aku punya satu lagu... lagu nyanyian Sohaimi Mior Hassan. Lagu yang sejak sekian lama menjadi anganku untuk dihadiahkan pada bakal isteriku. Nah!!! sekarang lagu itu telah ku abadikan buat isteriku.. Zaimah. Lagu bertajuk "Apabila Isteriku Tertawa". Aku amat mengemari berkaraoke... kerana itu di rumah kami telah tersedia alatan karaoke. Maka pada hari minggu itu, pada saat kami sedang bergembira. Aku telah menghadiahkan lagu itu padanya. Telah ku menyanyikan lagu itu pada isteri kecintaanku.....
~APABILA ISTERIKU TERTAWA~
Aku Sering Dilanda Kerinduan
Pada Keamanan
Pada Kedamaian
Namun Semua Gelora
Hilang Entah Dimana
Apabila Isteriku Tertawa
Aku Risau Memikirkan Harga Rumah
Makin Melambung Tinggi
Langsung Tiada Batasnya
Namun Segala Risau
Terus Hilang Ke Mana Sahaja
Apabila Isteriku Tertawa
CHORUS
Ketawanya Pendek Sahaja
Bagaikan Sengaja Direka
Namun Penuh Bermakna
Lantas Mengubat Segala Luka
Aku Sering Memohon Pada DIA
Agar Aku Dan Isteri
Sentiasa Bersama
Kerana Semua Derita
Hilang Entah Dimana
Apabila Isteriku TERTAWA.....
(ulang chorus)
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 12-Aug-2006 07:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hari Keluarga Kelab Sukan dan Kebajikan, Pejabat SUK N9
|
 |
|
Otai pasukan Satria
|
|
 |
|
Apa yang gatai sangat janggut sejemput tu hubbyku...
|
|
 |
|
Aku dan Kak Nani kusyuk dengar penerangan
|
| | View all 22 photos... |
|
A'kum w.b.t
Pada 12hb Ogos lalu Kelab Sukan dan Kebajikan, Pejabat SUK N9 telah mengadakan Hari Keluarga bagi semua pegawai dan kakitangan pejabat SUK N9. Hari Keluarga tersebut telah diadakan di Tiara Beach Resort Port Dickson.
Terdapat lima pasukan telah bertanding didalam beberapa acara sukaneka yang telah dirancangkan. Unit saya telah dinamakan sebagai pasukan Satria. Pada hari tersebut pasukan Satria yang dianggotai oleh kakitangan serta keluarga Unit Pengurusan Teknologi Maklumat telah menjuarai 2 acara sukaneka dan mendapat tempat ketiga bagi satu acara rafting. Ini telah membolehkan pasukan Satria menduduki tempat kedua keseluruhan dari segi kutipan mata.
Paling seronok, saya telah memenangi satu hadiah cabutan bertuah.
p/s:- semua gambar dalam FP Viruspadu dan Viruspadu2 diambil dengan menggunakan kamera digital kecuali gambar-gambar sewaktu arwah Alesha berada di Hospital. Gambar Alesha di hospital diambil dengan menggunakan kamera handphone (atas budibicara pihak hospital) kerana polisi Unit ICU tidak membenarkan kamera dibawa masuk.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 4-Aug-2006 03:42 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Dari blog suamiku...
|
|
Kenapa semenjak dari malam tadi sukar benar untuk tidur. Berulang kali ku cuba melelapkan mata, tapi tidak juga mahu menutup. Sedari malam tadi bayangan wajah anak tunggalku bermain-main di mata ini.
Ketika memandu ke pejabat pagi nie juga bayangan Alesha terus bermain di mata. Perjalanan dari Seremban ke Putrajaya terlalu jauh ku rasakan.. terlalu payah ku lalui. Apa gerangannya anak ku itu di kuburan. Sakit kah dia? menangis kah dia? terganggu kah tidurnya? Kenapa hati ini tidak setenteram biasanya...
Ah!! Mana mungkin anak itu sakit... mana mungkin Lesha menangis... janggal juga kiranya Alesha tidak dapat tidur di SANA... Bukan kah Alesha di syurga? Bukan kah Alesha diangkat menjadi bidadari Jannah... Semua keadaan itu tidak mungkin berlaku padanya.
Atau mungkin hati ini keterlaluan merinduinya. Mungkin jiwa ini keterlaluan menyayanginya. Atau mungkin perasaan ini tidak mahu melupakannya... mana mungkin aku melupakannya... Alesha darah dagingku... ubat lelah, pengubat rindu, pengarang jantungku.. aku dan isteriku!!!!
Kalau kiranya Alesha masih hidup, pastinya dia sudah pandai merangkak.. pastinya dia sudah bisa bertaktih.. pastinya dia sudah boleh meyebut kata-kata yang biasa ditutur bayi seusianya.. Tanggal 20 Ogos ini genap 100 hari pemergian Alesha. Jika tidak Lesha tentunya berusia 250 hari. Kata orang tua-tua, sudah molek dibawa bermain.
Tetapi, paling ku risaukan adalah isteriku. Jiwanya lemah, kudaratnya kurang, akalnya celaru. Tekanan perasaannya lebih hebat dari ku. Aku tahu tiap kali dia melihat anak-anak seusia Alesha, senyumannya dibuat-buat. Agahan nakalnya pada anak tu bukan sepenuh hati. Sentuhannya terasa berbara. Aku sedar dan paham perasaannya. Kerana sukarnya bagi seorang ibu menerima anak yang dikandungnya meninggal. Kerana harapan seorang ibu, malahan seorang bapa... mahukan jasad mereka diuruskan, dimandikan, dikafankan oleh anak-anak sendiri dan bukan sebaliknya, mengurus, memandi dan kafankan jasad anak mereka.
Sabarlah kecintaanku.. Allah pasti akan menggantikannya. Berpeganglah pada Imanmu, percayalah akan RahmatNya.
~shamsul b. shamdin
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 2-Aug-2006 05:27 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Lain-lain gambar
|
 |
|
Mana nak ikut nie??
|
|
 |
|
Kontrol macho lak..
|
|
 |
|
Menikmati laksa gajus di hujung landasan LTAL
|
| | View all 24 photos... |
|
|
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 30-Jul-2006 05:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Langkawi Explorer - Day 4
|
 |
|
Hari mengusung beg balik... cam AF lak
|
|
 |
|
Aku dan Kak Nani
|
|
 |
|
Sempat berposing ketika feri bergerak
|
| | View all 9 photos... |
|
Hari Keempat - 30 Julai 2006.
Seawal 7.30 pagi kami semua telah bertolak dari hotel penginapan ke jeti Kuah. Feri kami dijangka akan berlayar tepat jam 8.30 pagi. Setibanya kami di jeti Kuala Perlis, perjalanan diteruskan pula ke Padang Besar.
On the way ke Padang Besar, kami singgah makan di Restoran Tok Mek. Di Padang Besar tidak banyak barang yang saya beli melainkan satu anak patung oren. Mungkin naluri keibuan untuk membeli tersebut lahir khas untuk kemudiannya menghadiahkan anak patung tersebut kepada anak saya nanti.
Lewat jam 2 petang kami bertolak pulang ke Seremban. Hujan lebat mengiringi kami disepanjang perjalanan pulang. Abang driver, kebetulan melalui lebuhraya baru Kuala Perlis - Changloon. Sebaik sahaja bas melintasi jejantas lebuhraya ke UUM Sintok, ingatan kembali ke sana. Di bumi Sintok itulah saya menghabiskan empat tahun dari usia remaja saya. Di sana saya belajar erti berdikari. Di sana saya bertemu rakan-rakan sejati. Di sana saya belajar hidup berani. Di sana saya perolehi ilmu bekalan diri... Tiada sedetikpun kenangan saya di sana melainkan semuanya manis belaka!!
Ketika bas lewat pekan Changloon, kelihatan perubahan yang amat sangat. Di sana sudah terletak Kompleks Changloon. Sudah berdiri megah deretan rumah kedai. Masih utuh gerai keow teow di lorong sempit belakang pasaraya. Hampir menitis air mata bila teringatkan gulungan-gulungan kenangan selama di bumi bertuah itu.
Perasaan saya turut dikongsi bersama dengan suami. Beliau juga adalah anak didikan bumi Sintok. Walaupun jurang usia kami agak jauh, 6 tahun 5 bulan 10 hari, tetapi rupanya kami adalah anak didikan tanah bertuah yang sama. Pada ketika saya baru menjejakkan ke perut Sintok, suami saya telah pun meninggalkannya, namun jodoh itu adalah mainan Allah. Hanya Allah yang mengaturkan perjalanannya.
Apabila bas melewati jajaran sawah padi yang luas terbentang, pada ketika itu saya menjadi terlalu hiba. Tidak pernah sedetik merasa sesayu ini bila teringatkan negeri tempat saya menuntut ilmu itu. Tidak tersangka bahawa saya bisa melihat padi menguning itu lagi setelah bertahun negeri ini saya tinggalkan. SAYUnya...
Kami tiba di Seremban tepat jam 12.00 malam. Sepanjang percutian tersebut, saya berasa amat gembira. Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang menjayakan Hari Keluarga UPTM 2006 ini. Kalau boleh next year kita pergi ke Bumi Kenyalang atau ke Negeri Di Bawah Bayu pula... I lap u all....
Wassalam.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 29-Jul-2006 00:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Langkawi Explorer - Day 3
|
 |
|
Mulakan pagi dengan senyuman
|
|
 |
|
Kebetulan!!! warna kreta dan baju kitorg sama... hahahah
|
|
 |
|
Tersenyum puas suamiku dapat melihat kapal-kapal
|
| | View all 24 photos... |
|
Hari ketiga - 29 Julai 2006
Hari ini, banyak sungguh dalam perancangan kami. Kami mulakan hari ini dengan bersarapan seawal pagi yang mungkin. Perkara lucu terjadi. Kami sememangnya telah membawa baju hijau sedondong dari Seremban. Planning asal untuk dipakai pada majlis jamuan makan malam. Tiba-tiba, suami kata kita pakai hari ni jer la. Sebaik selesai bersarapan, kami menuju ke kereta, baru kami sedar... rupanya kami bukan sahaja berbaju hijau sedondong, malahan bersekali dengan kereta.... memang macam pekerja PETRONAS !!
Kami, mulakan destinasi pertama ke tempat menaiki kereta kabel. On the way, suami terpandang deretan kapal layar. Terus berhenti bergambar. Seterusnya, kami sambung semula ke sana. Sungguh cantik pemandangan Langkawi dari tingkap kereta kabel itu. Saya benar-benar cadangan sahabat semua ke sana. Berbaloi dengan nilai RM15 yang anda semua keluarkan.
Kami menghabiskan masa kira-kira sejam di puncak Gunung Mat Cincang tersebut. Sebaik turun, kami terlihat gajah. Terus kami menuju ke sana. Inilah kali pertama saya menunggang gajah. Si Lasah, anak gajah jantan berusia 23 tahun membawa kami berkeliling kawasan trek yang disediakan. Sebagai penghormatan, kami dibenarkan meyuapkan makanan berupa keratan tebu kepada Lasah. Lasah membalasnya dengan sebuah tarian comel dan mengangguk-anggukkan kepalanya. Terima kasih Lasah.
Di sini juga kami melihat ramai warga arab tanpa segan dan silu menikmati air syaitan.. memalukan, satu bangsa yang telah dikurniakan nikmat Allah yang tidak terhingga dan hampir kesemua para nabi dan rasul dari golongan mereka, tetapi langsung tidak menghormati janggut, serban dan purdah hitam yang mereka pakai!!!
Seterusnya, kami ke Air Terjun Telaga Tujuh. Bermandi-manda, menikmati kesejukan air kehidupan alam. Sungguh mengasyikkan ciptaan Allah. Dari Telaga Tujuh, kami bergerak ke Ladang Buaya. Banyak buaya-buaya mega menjadi penghuninya. Boleh juga kalau ingin membeli produk buatan buaya di sini.
Selepas itu. kami ke Air Terjun Temurun pula, cukup hanya sekadar bergambar saja. Dari sana kami ke Pantai Pasir Tengkorak dan terus ke Pantai Pasir Hitam. Selanjutnya kami menikmati juadah tengahari di Tanjung Rhu. Makan di sebuah restoran di tepi pantai dengan hidangkan siakap sweet sour, kailan ikan masin, tom yam campur, daging masak merah dan dua gelas sirap laici. Pandai sungguh si tukang masak, cukup terasa bumbu hidangnya dan sedap sekali.
Setelah kenyang, kami ke Kompleks Air Hangat. Menikmati kepanasan sumber air masin yang keluar dari perut bumi. Dari sana, kami menghabiskan masa pula kira-kira sejam di Galeri Perdana. Melihat dan mengagumi barangan pameran matan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir. Dari sana kami ke Kg Kilim, melihat panorama hutan paya bakau. Di sini kita boleh menaiki bot ke tempat dimana kita boleh memberi makan kawanan helang dan menyelusuri sungai ke gua-gua menarik di Langkawi.
Setelah bergambar, kami terus kembali ke Jeti Kuah untuk memulangkan kereta Gen-2 yang banyak berjasa kepada kami. Seterusnya kembali semua ke hotel penginapan. Selepas solat, kami berjalan kami untuk menikmati Laksa Penarak yang popular di Langkawi. Malangnya, laksa telah habis tetapi kami disajikan dengan makan popular lain... mee udang dan nasi goreng belacan peranak. Memang sedap!!! Dari situ kami bersiaran pula ke Langkawi Fair sebelum kembali ke hotel untuk bersiap diri menghadiri majlis jamuan makan malam.
Malam itu, kami semua disajikan makan yang enak-enak sempena Majlis Makan Malam Hari Keluarga UPTM dan Majlis Pertukaran Pengarah UPTM ke Bahagian Kabinet, JPM. Banyak sungguh makan yang disajikan.
Setelah selesai majlis, kami bergegas ke kedai makan bersebelahan hotel untuk menonton AF4. Saja nak tau sapa yang di AFMasuk... Sekali lagi kami makan....
Selesai AF, balik tidur....
~bersambung
|
|
|
|
|