Want your
own Fotopage?









 
Sayang Mama dan Papa Alesha n An-Nisa Abriza versi II
Lilypie 1st Birthday Ticker
By: Zaimah Noh

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  >  >>]    [Archive]
Monday, 30-Oct-2006 05:35 Email | Share | | Bookmark
Gambar raya

Semua ahli keluargaku dengan tema "coklat"...
Abah & mak dengan menantu mereka (abg cik xde)
Dua dara yang stil available... sapa cepat dia dapat!
View all 6 photos...
A'kum w.b.t.

Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari raya. Semoga banyak dapat duit raya. Di sini saya kirimkan gambar raya keluarga saya hasil dari kamera handphone baru adik saya.. hehehehe...

p/s: cuma keluarga kak cik ngan abg saje yang xde

cantik la plak warna coklat ni bila dipakai beramai2 cam ni..
musykil gak ni.. kalu dah semua org, bajunya sama color.. tak tertukar ker bila dah basuh baju tu .. karang.. ada yg tersalah bawak balik baju org lain...
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN ..dari kami sekeluarga..
Mon 30-Oct-2006 10:51
Posted by:rozeela  - [Link]
menjelang syawal terindah ini, perkenankan kami meraih rahmat dan maghfirahNya dengan memohon maaf kepada zaimah sekeluarga di atas kekhilafan dan kesalahan yang tanpa sengaja menggoda ketaqwaan dan kebahagiaan.

maafkan segala kekurangan kami, agar kami dapat menggapai cinta dan redhaNya! Insya Allah! Amin... - from fenriz sekeluarga!
Mon 30-Oct-2006 18:12
Posted by:$weE+ 666 sweetsixsixsix_666@yahoo.com  - [Link]
salam aidilfitri dan maaf zahir dan batin.... Fri 3-Nov-2006 05:48
Posted by:*Ibu balqis* effara@digi.com.my  - [Link]
View all 4 comments


Wednesday, 18-Oct-2006 06:45 Email | Share | | Bookmark
Salam Kemaafan

maafkan kami
Map gi rumah kami
A'kum w.b.t.

Seperti mana lazimnya, saya dan suami ingin mengucapkan jutaan ampun dan maaf pada sahabat semua. Mungkin disepanjang kita berkenalan, terdapat tindakan saya yang melukakan hati sahabat semua.

Saya doakan semua sahabat dapat pulang beraya dengan penuh kesyukuran dan berhati-hatilah diperjalanan. Saya sendiri tahun ini akan pulang beraya ke Tronoh, Perak. Itupun sekiranya keadaan mengizinkan. Saya masih lagi mabuk-mabuk. Mujur saya punya bos dan rakan sekerja yang memahami.

Akhir kata, sekiranya ada antara anda melalui bandaraya Seremban Singgahlah ke rumah kami. Tiada juadah kerana badan saya tak lalu nak buat apa-apa.


Dear Zaimah & Hubby,
Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Saya doakan semoga aidilfitri kali ini akan membawa rahmat buat kalian & keluarga.
Thu 19-Oct-2006 03:29
Posted by:Mama Ammar umieshazubir@hotmail.com  - [Link]
as'kum...selamat hari raya buat m'mah sekeluarga...gambar tu pakai baju raya ke?serba hijau nampaknye...oklah tu...aku juga nak mohon maaf andai kata ada salah dan silap selama kita kenal...kalo datang kedah jemputlah ke rumah mak aku...aku masih tinggal nagan keluarga aku walaupun dah ada anak...saja taknak pindah..nak manja ngan mak ayah lagi...ok...bye Thu 19-Oct-2006 04:27
Posted by:kak tie atty_79@yahoo.com
SELAMAT HARI RAYA ANDAK & LALOK..
kakcik sekeluarga nak mohon ampun dan maaf sekiranya terkasar bahasa dan tingkah laku ....ok
semoga diberkati ALLAH senantiasa hendaknya.....
Thu 19-Oct-2006 05:53
Posted by:kakcik
View all 8 comments


Monday, 2-Oct-2006 23:32 Email | Share | | Bookmark
Kandungan dah berusia 12 minggu 3 hari...

Imej 3D baby berusia 12 minggu 3 hari
Lagi imej baby
Ini lagi imej baby
View all 4 photos...
A'kum w.b.t.. Selamat pagi dan selamat berpuasa semua. Saya masih lagi dalam keadaan mabuk yang teruk. Hampir 3 minggu saya bercuti. Sekarangpun rasa loya dan lemah badan. Kelmarin saya pergi buat medical check-up lagi. Pregnancy kali ini, saya kena pergi buat medical check-up dengan lebih kerap. Kelmarin doktor buat 3D Color Ultrasound. Gembira hingga hampir menitiskan air mata bila melihat baby dalam kandungan bergerak dengan aktif dan dapat melihat gambar tubuh badannya dengan agak jelas.

Mohon saya dan suami pada Allah s.w.t, agar kali ini kami dikurniakan anak yang sihat. Insyallah.

--------------------------

Alamat Klinik tersebut:- Klinik Pakar Wanita & Infertiliti Sukhilmi, No. 5-G, Lorong Taman SBP 1/1, Senawang Business Park, 70450 Seremban. No. talifon: 06-6751510.

Harap zaimah akan selamat dan dpt bb yg sihat...Insya Allah.
btw, Azie sekeluarga ingin ambil kesempatan ini nak ucapkan Selamat menyambut Hari Raya bersama keluarga tercinta. Minta maaf zahir dan batin. Berhati-hati di jalan raya bila balik kg nanti. Insya Allah kalau azie blum bersalin lagi boleh lah kita berkunjung ke rumah beraya yer.... Harap persahabatan ini akn kekal buat selamanya
Tue 17-Oct-2006 05:12
Posted by:azie  - [Link]
asskum. tahniah dah jadi preggo!

i kenal sorang lagi doc kat matahari heights, senawang. nama poliklinik suria tapi pakar wanita. i tak pernah kena sampai rm50. dia x de 3D tapi dia kata benda tu sebenarnya x perlu sangat.

dia ada blog sendiri- www.globalhealthywoman.blogspot.com

aku dengar die lecturer kat IMU. peramah & banyak bagi penerangan.

tel 06 6774846
Mon 10-Dec-2007 03:03
Posted by:sitisara
akum saya ann dari senawang,saya nak tahu berapakah kos utk membuat rawatan iui di klinik sukhilmi?saya sudah 4 tahun berkahwin masih belum di kurniakan zuriat... Sat 2-Feb-2008 10:57
Posted by:irne shafena feena.4g@gmail.com
View all 24 comments


Sunday, 17-Sep-2006 14:03 Email | Share | | Bookmark
Zaimah Admitted...

Masuk drip...
Gambar pertama baby..
Lagik imej baby
View all 4 photos...
A'kum w.b.t.

Maaf menggunakan FP wife saya lagi. Cuma saya rasa terpanggil untuk memaklumkan bahawa Zaimah sedang dirawat di Hospital Putrajaya, Wad 2B, Tingkat 2, Katil 23. Beliau ditahan kerana mengalami kekurangan air dalam badan dan tekanan darah yang rendah. Pendek kata hyper morning sickness la..

Sebenarnya telah agak lama beliau lemah, mabuk dan muntah-2, dan beliau tidak mahu ditahan ke wad, phobia katanya... tetapi semenjak kelmarin keadaan semakin memburuk dah terpaksa di masukkan juga ke wad. Mohon doa sahabat semua agak beliau dapat bertahan selama tempoh mabuk-mabuk ini (base on last pregnancy.. it's last for 4 months).

congratulations..semoga cepat sembuh & take care... Thu 28-Sep-2006 08:57
Posted by:linda,nafiz's mummy lyndahadi@gmail.com  - [Link]
ha'ahh emah....walid ejad dah masuk awal bulan 8 ari tue.... nie baru bulan 9 kuar wad... tak aper... tak yah susah2...tahu emah pon tak braper sihat.....ejad pon say sorry tak sempat melawat emah kat wad ari tue..... dgr citer emah masuk wad lagi ker?? minggu lepas???? Mon 2-Oct-2006 01:54
Posted by:ejad reramacute@gmail.com  - [Link]
salam, congratulation!! Azie baru tau espected pregnnt. Harap everything will be ok. Biasalah morning sickness ni...to zaimah take care yourself n your baby in the womb. Thu 5-Oct-2006 04:36
Posted by:azienarif  - [Link]
View all 28 comments


Friday, 15-Sep-2006 11:31 Email | Share | | Bookmark
Maaf curi pages orang rumah saya...

Selamat Hari lahir Sayang..
A'kum w.b.t.

Maaflah kerana curi pakai pages orang rumah saya nie. Saya kira untuk beberapa minggu atau mungkin bulan yang akan datang ini, wife saya tidak akan dapat mencoret sesuatu di dalam pages ini. Beliau sedang bertarung dengan mabuk, pening, muntah serta hilang selera makan. Telah lebih seminggu beliau MC dan terbaring di rumah. Saya harap kali ini segalanya selamat.

Di sini saya ingin mengucapkan selamat hari lahir ke-26 kepada beliau. Semoga kita terus bersama selamanya.

slamat menyambut ulangtahun kelahiran yg ke-26, zaimah! smoga terus dikurniakan kebahagiaan yg berpanjangan dari Allah SWT disamping suami tersayang... dan 'tersayang' yg bakal lahir nanti... insya Allah! aminnnn... *hugs* Fri 15-Sep-2006 17:26
Posted by:$weE+ 666 sweetsixsixsix_666@yahoo.com  - [Link]
Selamat menyambut hari lahir yang ke 26 jaga kesihatan dan kandungan bebaik tiada hadiah yang mampu diberikan cuma huluran silaturahim dar kami sekeluarga

Ammi & Abbu Shafira serta baby shafira
Tue 19-Sep-2006 04:07
Posted by:baby shafira nishagirl@gmail.com  - [Link]
happy belated birthday..lawo kek tu...
moga panjang umo n murah rezeki...n diberkati Allah selau hendaknya.. aminnnn
Wed 20-Sep-2006 00:56
Posted by:makitik  - [Link]
View all 4 comments


Sunday, 10-Sep-2006 23:45 Email | Share | | Bookmark
Suamiku Chef yang hebat!!!

Bahan Laksa
Cedap nyee... yup.. yup
A'kum w.b.t.

Sepanjang saya mabuk nie, suamiku menjaga dengan baik sekali. Apa yang ingin saya makan, akan dimasakkannya. Memang suami saya tukang masak yang hebat! hikhikhik... paling dia pakar sekali, memasak laksa.

Hari ahad begini, saya betul-2 teringin nak makan laksa. Dalam keadaan mabuk dan lemah begini, entah kenapa, masakan hasil tangan suami yang paling saya teringinkan. Dengan tanpa berlengah lagi, suami saya terus mencari bahan untuk membuat laksa.

Peh!!! laksa buatan tangannya la yang paling sedap di dunia ini..... terima kasih... abg

ces!!ces!!ces!! nape la aku x singgah umah ko mmah oooiii!!! Tue 12-Sep-2006 15:40
Posted by:rep ciklycyber@yahoo.com  - [Link]
patut pun ahad ari tu masa lalu dpn umah ada terbau laksa... hehe bertuah badan.. Thu 14-Sep-2006 04:16
Posted by:churalliya  - [Link]
wow!!!laksa....makanan feveret pa mierul tuh.. .cayalah hubby zaimah terror masak laksa...bertuah badan...lenkali leh yatie rasa laksa air tangan zaimah laks erk...hehehe
...sabar erk zaimah dlm melalui saat2 mengandung nih...
Fri 15-Sep-2006 01:36
Posted by:mama mierul ladybird9105@yahoo.com  - [Link]
View all 12 comments


Wednesday, 6-Sep-2006 03:42 Email | Share | | Bookmark
Bergambar bersama Pelajar Praktikal UPTM

Bersama Kalvinder, Arin, Farah dan Farid
ceeeesssss... senyummmm :)
Salam

Terima kasih buat pelajar-pelajar praktikal di bawah seliaanku kalvinder, arin, farah dan farid. Sesungguhnya saya amat bertuah kerana mengenali kalian semua.

Semoga kalian berjaya menempuhi hidup selepas habis pengajian nanti dan jangan malu-malu nak contact akak kalau ada masalah yer


Most recent comments... (In posting order)
yg sebut ceeeesss nye sorg je.yg lain x pon Fri 8-Sep-2006 03:50
Posted by:farid fadhly farid@fadhly.zzn.com  - [Link]


Wednesday, 6-Sep-2006 01:08 Email | Share | | Bookmark
Dari Blog Suamiku.... www.myspace.com/dlaloque

 
Kisah Gadis Basanai -

Aku gemar membaca buku-buku karangan Prof. Dr. Hamka Amrullah. Mungkin dari karyanya aku mula mengemari penulisan. Mungkin kerana beliau orang Minang dan aku cuba menyelami hati orang Minang. Aku banyak mencari kisah-kisah dari Bukit Tinggi, Padang, Tanah Malinjau, Pagar Ruyung… untuk aku mengenali susur galur turunan ku.

Satu kisah yang amat membekas di dalam hati aku adalah hikayat lama di Salidia. Kisah yang telah diturunkan kepada anak-anak muda sebagai bekalan hidup. Kisah gurindam lara dari penghuni lembah dan jurang yang dalam, yang penuh air mata iaitu LEMBAH KEHIDUPAN. Kisah ini turut dikutip oleh Prof. Dr. Hamka bagi mengisi karyanya.

Salidia adalah sebuah pantai yang indah di Bandar Sepuluh, pesisir barat Sumatera. Inilah kisah lara… Gadis Basanai…

……….

Semenjak ibunya mati, tinggallah Gadis Basanai seorang diri di rumah yang besar. Tiada seorangpun mendekat-dekat ke situ yang dapat jadi kawannya dan menghilangkan kesunyian. Apa lagi dia terhitung orang berbangsa, takut orang biasa akan mendekati dia.

Sebab itu iapun dibawa pindah oleh mamaknya ke rumah isterinya di Salidia. Di sanalah dia tinggal dengan mertuanya (isteri mamaknya itu) yang berbudi. Anaknya ada pula seorang lelaki, bernama Asam Sudin. Kerana itu anaknya yang seorang telah jadi berdua.

Kian tahun kian besarlah Basanai, menjadi semangat rumah yang besar, permainan mata mamak dan mertua; cantik lagi jelita. Menurut adat kampong, bilamana bunga telah mulai kembang, mendekatlah kumbang hendak menyeri manisannya.

Demi setelah cukup usianya 16 tahun bertimpa cerana datang, pinangan anak sutan-sutan, orang berbangsa dalam negeri, meminta supaya Basanai suka dijadikan teman hidup. Tetapi mamaknya belum hendak menerima “kata orang,” sebab belum ada yang dapat dipandang duduk sama rendah, tegak sama tinggi dengan Basanai. Enam kali cerana datang, enam orang bujang berganti, semuanya tertolak saja. Jarang sutan akan jodohnya, jarang puteri akan tandingnya.

Tetapi lain daripada segala permintaan orang lain, ada seorang yang telah menanamkan cinta di dalam hatinya terhadap Basanai, cinta yang membukakan pengharapan di zaman yang akan datang. Cinta yang selalu tidak memperbezakan darjat. Orang itu ialah Asam Sudin sendiri. Adapun Basanai tidaklah tahu bahawa saudara sepupunya itu menaruh cinta kepada dia, lain dari cinta saudara lelaki kepada saudara perempuan, kerana sejak dari kecil mereka makan sepinggan, minum semangkuk, sama di bawah naungan langit hijau, sama mandi di sebuah pancuran.

Bilamana perasaan cinta telah bersemai, tidaklah ada makhluk yang sanggup menghalanginya, sebab cinta ialah perasaan hati yang merdeka dan bebas. Sebab itu bercintalah Asam Sudin sendirinya, tidak seorang pun manusia yang tahu, dan dia pun tidak berniat hendak memberitau kepada orang lain, hatta kepada ibu dan bapanya. Kerana menurut adat yang lazim di Minangkabau pada masa itu, bangsa ayah tidaklah sama dengan anak. Hanya bangsa mamak yang sama dengan bangsa kemamakkan. Sisa-sisa adat lama itupun masih ada sampai sekarang. Jadi adalah Basanai sebangsa dengan ayah Asam Sudin, dan Asam Sudin sebangsa dengan ibunya sendiri. Ayahnya orang jemputan, ibunya orang di bawah, “diukur tegak sama tinggi, tapi tentang bangsa dia kurang.”

Pada suatu hari, sedang Asam Sudin mandi seorang dirinya di pancuran, bertemulah olehnya segulung rambut yang hitam berkilat dan panjang. Dia tahu benar bahawa rambut itu rambut Basanai, sebab rambut ibunya tidak sepanjang itu. Dan orang lain tidak ada yang mandi ke situ. Dia tahu pula, jika sekiranya dia hendak meminta sesuatu tanda mata kepada Basanai, tidaklah akan diberinya. Sebab itu dipadankannya saja rambut itu akan dijadikan tangkal azimat, dijadikan ubat jerih pelerai demam. Rambut itu digulungnya baik-baik, dimasukkannya ke dalam puan ibunya; setelah itu dibungkusnya dengan kain putih sedester. Bilamana tengah malam dan bulan terang benderang, kerapkali dia berdiri ke tepi pantai, melihat ombak memecah di karang dan angin laut berhembus, maka dikeluarkannyalah puan itu dari sakunya, lalu dipantunnya:

Anak gagak di lesung cina,
Makan berulang ke perahu,
Hati hendak bagaikan gila,
Tapi mengata tidak tahu..

Maka tibalah musim orang ke Pagai mencari rotan dan damar. Biasanya bilamana rotan telah terkumpul, dibawalah ke pulau Cingkok, sebab di sana banyak berlabuh kapal dagang orang Feringgi (Portugis), Inggeris dan Belanda, hendak membeli barang hutan. Biasanya orang Salidia belayar ke Pagai bersama-sama, selama-lamanya 3 bulan. Jika angin selesai, barulah mereka pulang.

Asam Sudin dengan ayahnya pun hendak pergi pula ke Pagai, sebagaimana kebiasaan tiap-tiap tahun. Sebelum berangkat, disiapkan dahulu segala yang perlu, dijahit layar mana yang robek, ditukar mana yang usang, biduk ditampal mana yang tiris. Setelah tiba hari yang ditentukan, pergilah Basanai dengan mertuanya ke tepi pantai, hendak melepas mereka berlayar. Di atas pasir yang luas itu, di pinggir pantai lautan yang tidak kelihatan tepinya, di ombak yang bergulung-gulung di riak memukul kaki, di bawah naung langit hijau, di sanalah Basanai dan mertuanya menangis melepas orang akan belayar.

Setelah ayahnya naik ke biduk, Asam Sudin pergi menjabat tangan ibunya, Basanai terpisah tegak agak jauh sehingga percakapan orang berdua itu tiada terdengar olehnya, apalagi kerana gelombang memecah di pasir dan angin berhembus di pantai amat keras. Asam Sudin berkata:”Ibuku, belum tentu anakanda akan kembali pulang, manalah dapat ditentukan gerak Allah. Kalau untung baik, selamat anakanda pulang pergi. Kalau gerak takdir telah tersurat, entah hilang anakanda di laut lepas, entah di lamun ombak tujuh, gerak Allah siapa tahu? Hanya sedikit anakanda meninggalkan pesan, pegang petaruh erat-erat. Di atas kepala pintu yang menghadap ke laut ada anakanda letakkan sebuah puan perak berbungkus dengan kain putih; di dekat itu ada pula sebuah cermin. Tiada seorang pun boleh memegang dan mengambil barang itu, tentu akan terlanggar pantang. Kelak jika nama anakanda saja yang pulang barulah boleh ibu mengambil kedua-dua barang itu.”

“Baiklah,” jawab ibunya: “Petaruhmu akan bonda pegang erat-erat. Selamatlah anak belayar.”

Dikerlingnya Basanai dengan sudut matanya yang muram, seraya katanya: “Selamat tinggal, Basanai.”

Sebelum Basanai sempat menjawab, dia telah melompat ke atas biduknya. Ayahnya telah menunggu dia di sana. Layar pun dikembangkannya dan sauh dibongkarnya…

Tiada berapa lama antaranya biduk itupun beroleh angin yang selesa. Setelah sebesar kumbang kelihatannya di lautan, barulah Basanai dan mertuanya pulang ke rumahnya.

Sebulan telah menjadi dua bulan, hampir tiga bulan penuh! Khabar berita dari Pagai belum datang.

Pada suatu hari, sedang Basanai membersihkan jaring labah-labah, sampailah hujung sapunya kepada pintu tempat puan dan cermin itu diletakkan Asam Sudin.

“Barang apakah itu, mertua?” tanyanya kepada mertuanya.

“Wahai, gadis! Itulah barang simpanan Asam Sudin, agaknya azimat dan tangkal. Dia berpetaruh benar melarang orang menyentuh kedua barang itu. Dia sendirilah seorang kelak jika telah kembali yang akan mengambilnya. Jika namanya saja yang pulang, barulah ibu akan mengambilnya.”

“Barang apalah agaknya,” kata Basanai dalam hatinya dan pekerjaannya pun diteruskannya pula.

Tiap-tiap membersihkan rumah, sampai juga hujung sapunya kepada barang yang terlarang itu. Akhirnya timbullah keinginan hendak tahu, kerana demikianlah tabiat manusia. Yang paling diingininya ialah barang yang terlarang.

Pada suatu hari, sedang mertuanya membawa perian dan labu ke pancuran, menjemput air minum, Basanai meningkat gerangan isi bungkusan itu dan apakah cermin itu. Sebentar saja sampailah tangannya ke sana dan dibawanyalah kedua barang itu turun bagai menatang minyak penuh. Bungkusan itu dibukanya, dadanya berdebar-debar. Setelah itu dibukanya pula puan perak itu. Isinya segumpal rambut yang hitam panjang. Bertambah debar-debar hatinya, kerana rambut itu rambutnya sendiri. Diperhatikannya rambut itu baik-baik. Gementar sendi tulangnya, merah padam warna mukanya. Apakah gunanya rambutnya itu disimpan oleh Asam Sudin?

Seakan-akan ada suara ghaib berbisik di telinganya membisikkan suatu perasaan yang belum pernah dirasainya selama hidupnya, dan perasaan itupun mengalir ke seluruh batang tubuhnya dan urat darahnya. Tawar dan dingin rasanya!

Diambilnya pula cermin itu, dilihatnya mukanya di sana, muka yang cantik lagi jelita, buah tutur anak sutan-sutan yang berenam. Tetapi hairan…. Bukan mukanya yang kelihatan, hanya muka orang lain! Mula-mula samar, kemudian nyata, muka Asam Sudin!

Darahnya tersirap!

Tengah ia termenung dan hairan melihat cermin itu, mentuanya datang. Dia terkejut melihat perbuatan Basanai, hampir terhempas perian yang sedang dipikulnya.

“Celaka! Mengapa engkau langgar larang dan pantangan? Kalau tidak mengandung bahaya, tentu tidak akan dilarang oleh si Asam Sudin menjamah benda itu, ketika dia akan belayar. Letakkan lekas, kembalikan ke tempatnya celaka engkau nanti.”

“Celaka tanganku yang gatal ini, mentua, hati pun tak dapat aku tahan, dia hendak tahu juga. Jika kak Asam pulang mintakan Basanai ampun kepadanya. Tetapi mertua!.... Mengapa rupa dan wajah kak Asam yang kelihatan dalam kaca ini? Salahkah pemandanganku?

Tidak, mertua, bukan hamba salah lihat. Nyata wajah kak Asam di dalamnya! Lihatlah!”

Segera mertuanya datang melihat kaca itu. Dia tersenyum sebab yang kelihatan di sana bukan wajah Asam Sudin, melainkan wajahnya sendiri, sebagaimana biasa segala kaca di dunia ini. “Bukan, bukan Asam Sudin yang kelihatan di dalamnya, nak!

Asam Sudin sekarang jauh di Pagai. Hal itulah hanya bayang-bayang angan-angan belaka.”

Kaca itu dilihat sekali lagi oleh Basanai, rupa Asam Sudin tidak kelihatan lagi, hanya wajahnya sendiri pula! Rupanya perasaan jantung yang tengah bergelora telah padam, telah sedar kembali. “Rupanya hamba salah lihat,” katanya sambil tersenyum tetapi mukanya agak pucat.

“Bukan sudah bonda katakan? Engkau terlanggar pantangan. Jangan barang itu Basanai dekati, kata bonda, engkau dekati juga, sekarang begini yang bertemu…”

“Ohh mentua, mintakanlah hamba ampun jika kak Asam pulang, mohonkan hamba maaf kepadanya. Hamba akui kesalahan hamba, digantung hamba tinggi, dibuang hamba jauh, apa putusan kak Asam hamba ikut, untuk menebus dosa hamba.”

Sedang duduk berdua menganyam tikar:

“Sedang mengapa agaknya orang di Pagai, mentua? Khabar beritanya tidak juga sampai.”

“Agaknya sedang mengumpulkan rotan. Setelah penuh biduk, barulah dibawa ke pulau Cingkuk. Setelah itu jika bertiup angin selatan, biduk akan menuju pulang.”

Sedang menjemur di halaman:

“Mentua, sudah hamba hitung-hitungkan hari, sudah hamba bilang-bilangkan pekan…

Khabar dari Pagai tidak juga datang.
Nun, tengoklah di tepi pantai, - mentua.
Biduk orang lain telah berlabuh dua tiga,
Biduk dari Pagai belum juga pulang.”

“Basanai, tiris agaknya biduk kita; mencari damar penyumbat yang tiris itu mamak dan saudaramu dahulu. Agaknya layar cabik dihembus angin barat, memintal benang mereka dahulu penjahit yang cabik itu.”

“O mentua, tak tertanggung, tak tertahan,
Malam haram mataku tidur,
Siang haram dudukku senang,
Ingatan kepada orang di Pagai saja.”

“Basanai, Basanai! Dahulukan sudah bonda katakana jua, anak sudah melampaui pantangan, anak sudah melanggar larangan.”

Basanai jatuh sakit:

“Kian lama kian lemah sekujur tubuhku, mentua! Biarkanlah hamba duduk dekat pintu yang menghadap ke laut,

Supaya dapat segera hamba lihat,
Agaknya telah dekat biduk orang Pagai akan pulang,
Apakah yang kelihatan putih di hujung laut itu, mentua?
Bukankah layar biduk orang dari Pagai?”

“Bukan, gadis, bukan! Yang kelihatan putih dari jauh itu ialah ombak yang sedang memecah di atas karang. Dan itu, yang di sebelah selatan itu ialah burung belang laut, berkejar-kejaran mencari makanan, putih sayapnya kena cahaya matahari.”

“Itu? Yang kelihatan antara ada dengan tiada, bukankah biduk orang dari Pagai itu dihayun ombak dan gelombang?”

“Belum, gadis! Hanya biduk nelayan, yang belayar di tepi-tepi saja, ke tengah takut digelombang.”

“Bilakah biduk dari Pagai akan berlabuh…. Oh mentua?”

Sakit Basanai bertambah larut.

“Sudah berasap penglihatanku, mentua!”
“Tak nyata lagi olehku ombak yang memecah di karang, hanya deru angin yang kedengaran di telingaku, belum jugakah biduk dari Pagai akan berlabuh…?”

“Lautan hijau, ku lihat laksana rumput gatil-gatilan.”

“Mentua, sudah lemah sendi tulangku, goyah segala anggotaku!”

“Alangkah sakitnya nyawa akan bercerai dengan badan. Agaknya orang dari Pagai takkan melihat badan hamba ketanahkan.”

“Jika Gadis Basanai mati muda, mentua, panggil tunangan, keenamnya, berdua suruh merobek kafan, berdua menggali kubur, berdua menyembahyangkan; memandikan mayatku oleh mentua sendiri. Kuburkan mayatku di atas puncak gunung ledang, di bawah naungan pohon delima dua sederet, di dekat kemuning hijau. Tegakkan di atas kuburku bendera berjurai dua, sejurai hadapkan ke rumah marhum ibuku, sejurai hadapkan ke laut, supaya tampak oleh biduk orang dari Pagai.”

“Oh Gadis Basanai! Semolek secantik ini, segombang semuda ini engkau, dunia akan engkau tinggalkan?”

“Dan jika orang dari Pagai pulang, suruh ziarah dia ke kuburku; badan hamba yang halus tak kuasa lagi menunggu dia sampai pulang, hamba tunggu dia di puncak gunung ledang…

Sekarang, hadapkanlah mukaku ke laut lepas, ke jihat Pagai, supaya senang jiwaku meninggalkan dunia dan damai semangatku meningkat langit….”

Dengan tangis tersedu-sedu mentuanya meninggikan bantalnya. Basanai pun melihat tenang-tenang ke laut, ke jihat Pagai.

Waktu itulah sampai janjiNya.

Asam Sudin pulang:

“Apa sebabnya merah tanah di puncak gunung ledang, ayah?
Adakah ayah lihat bendera dua jurai, di bawah naungan delima dua sederet, di dekat kemuning hijau?

Kubur siapakah itu agaknya?”

“Entahlah anak, hati ayah pun berdebar-debar pula.”

Biduk berlabuh, ibunya menunggu seorang diri di tepi pantai.

“Mana Basanai, ibuku?” Tanya Asam Sudin.

“O anak, Basanai tidak ada lagi, dia telah dahulu dari kita. Lihatlah puncak gunung ledang, masih basah tanah menalakin, telah tertegak nesan dua buah.”

Tertegun Asam Sudin tegak, airmatanya jatuh dua jatuh tiga, bagai manik putus pengarang. Ayah bondanya menangis pula kerana tangisnya itu.

“Tidakkah Basanai meninggalkan pesan, tidakkah dia tertinggal kata? O ibuku, dia tahu…”

“Wahai, anak! Sebab dia telah tahu bahawa engkau cinta kepadanyalah maka dia sampai begitu. Larang pantangan dilanggarnya, sampai dibukanya bungkusan pantangan; dalam bungkusan itu bertemu olehnya tanda-tanda yang menunjukkan cinta engkau kepadanya. Sejak itu hatinya tak senang lagi, dia hendak bertemu juga, hendak menyampaikan kepada engkau bahawa dia pun cinta kepadamu. Petaruhnya ada sebuah, iaitu tidak sanggup lagi dia menunggu engkau di dunia; sebab itu ditungunya engkau di akhirat. Disuruhnya engkau ziarah ke kuburnya, tubuhnya yang halus menunggu kedatangan engkau di sana.”

Petang khamis malam jumaat pergilah Asam Sudin ke atas puncak gunung ledang, membawa perasapan, dengan lidi kelapa hijau 7 helai dan air dari 7 muara. Sesampai di kubur gadis itu, dikelilingi kubur itu 7 kali dengan perasapan; kemudian disiramnya dengan air 7 muara, dipukulnya dengan lidi kelapa hijau 7 helai, kerana demikian petua dukun. Setelah itu iapun bernyanyi memanggil arwah orang yang telah mati.

Diserunya orang yang telah dalam kubur, orang kubur menyeru pula kepada orang dunia. Maka menanglah seruan ghaib, kalah seruan dalam lahir. Di atas kubur itulah, di bawah cahaya bulan purnama, di dalam deru angin malam, Asam Sudin menghembuskan nafasnya yang penghabisan…

~Sampai sekarang bilamana tukang rebab atau biola melagukan nyanyian “Gadis Basanai.” Orang-orang yang mendengar tenggelam dalam harus kegahiban. Seakan-akan lagu itu adalah lagunya dewa-dewa!!

Most recent comments... (In posting order)
bc ni pun dh ckup.. x jd la nak beli buku.. hehehe Wed 6-Sep-2006 17:09
Posted by:cikly  - [Link]
wah sungguh luar biasa cerita ini, aku sangat takjub dengan isiny dan kekuatanmagis akan cinta basanai denga asam sudin..... tolong dong kirimkan lagi cerita karangan Dr hamka dari ranah minang............ aku tunggu ya Sat 26-Jan-2008 13:52
Posted by:jalin Elsaprike jalin_rike@yahoo.com


Monday, 4-Sep-2006 05:21 Email | Share | | Bookmark
Selamat Pengantin Baru Saudara Nurul Al-Bakri

Selamat Pengantin Baru... saudara Nurul Al-Bakri
 
 
View all 4 photos...

Most recent comments... (In posting order)
member ofis ker emah????
selamat pengantin baru pada nurul jugak....
Tue 5-Sep-2006 00:18
Posted by:ejad reramacute@gmail.com  - [Link]
cantik baju pengantin.. dh lama rasanya x tgk design baju pengantin cm tuh Tue 5-Sep-2006 14:55
Posted by:cikly  - [Link]
i like red colour..muarghhhhh Wed 6-Sep-2006 04:49
Posted by:mummy hani  - [Link]


Saturday, 2-Sep-2006 10:28 Email | Share | | Bookmark
Dari Blog Suamiku....

Di hari cuti ini, di pagi sabtu begini, selalunya kepala ini akan ligat memikirkan perkara apa atau aktiviti apa yang ingin dilakukan sepanjang dua hari sengang ini.

Seawal pagi tadi aku terbongkok-bongkok mencakar, mengembur, merapi dan merata tanah di taman mini laman rumah. Tidaklah banyak tanaman yang terdapat di dalamnya. Adalah dua batang pokok anggerik. Kedua anggerik itu berbunga agak besar, sebesar penumbuk. Yang satunya berbunga warna kemerah-jambuan, dan sepokok lagi berbunga warna putih bersih. Ada juga sepokok cili api di antara keduanya. Dan lima rumpun pokok renek yang entah apakah namanya. Bolehlah, bagi seorang yang sibuk untuk menjaga dan merawat tanaman.

Tetapi yang pastinya, hari ini telah terancangkan satu misi yang cukup istimewa. Misi yang telah agak lama dirancangkan. Pada hari ini, akan ku pasangkan rehal serta nisan batu arwah anak tunggal ku.

Telah hampir seminggu kusiapkan perkakasannya. Dinding rehal serta nisannya telah seminggu juga ku tempahkan. Siapnya tempahan itu juga adalah pada hari ini!.

Nanti, akan ku sendiri membina tugu peringatan anakku itu. Dengan dua tangan ini!. Pada binaan itu nanti akan aku tumpahkan sepenuh kasih sayang buat yang terakhir kalinya kepada anak ku itu. Kasih sayang yang tidak dapat ku berikan tika hidupnya.

Akan ku bina sesempurna mungkin kuburan batu anakku itu. Kerana, setelah siapnya tugu batu itu nanti, ianya akan melengkapkan amanah Allah ke atasku. Telah sempurnalah amanah Allah itu, bermula pada saat aku menjaga ibunya ketika mengandungkannya, bersama memberikan sokongan tika ibunya melahirkan dirinya, meng’iqamahkan ke telinganya ketika dia menghirup udara bumi, merawatnya ketika dia terlantar sakit selama lima bulan, mengucapkan kalimah tauhid ketika dia dipenghujung nyawanya, menyempurnakan pengafanannya dan pengebumiannya, nah!! kali ini membina dan menyempurnakan tugu ingatan di atas kuburannya pula. Sempurnalah satu putaran kehidupan seorang insan.

Aku tidak pasti sama ada aku mampu untuk menahan air mata dari berjuraian turun tika membinanya nanti. Aku juga tidak pasti sama ada aku mampu menahan ingatan dari mengingatinya ketika membina nanti. Argh!! Biarkanlah air mata ini turun semahu-mahunya nanti. Biarkan juga ingatan itu berlegar. Kerana aku juga seorang manusia. Aku juga punya kelemahan.

Alesha Abriza… tunggulah, nanti papa akan membina tugu ingatan buatmu. Walau tidak seindah Taj Mahal, namun ianya adalah tugu ingatan yang akan diindahkan dengan keringat papa, dengan kasih sayang mama, sebagai tanda cinta kami padamu. Sekiranya diizinkan Allah nanti, kita sekeluarga akan bersatu jua…..

stiapkali membaca coretan laloque, stiapkali itulah airmata jernih yg sarat dibendung kelopak mata tidak mampu tertahankan. al-fatihah buat yang tersayang, alesha abriza. auntie jijie amat merinduimu, terlalu! Mon 4-Sep-2006 05:23
Posted by:$weE+ 666 sweetsixsixsix_666@yahoo.com  - [Link]
al-fatihah buat arwah Alesha... semoga kalian tabah.. Wed 6-Sep-2006 06:51
Posted by:Wanli gadisku_81@yahoo.com
A'kum Zaimah dan Suami....
mungkin inilah yang dikatakan kasih seorang ayah yang tiada penghujungnya
seharusnya inilah yang mesti ada pada seorang ayah
tentunya Alesha akan gembira denga apa yang dilakukan untuknya...

Ammi Shafira & Baby shafira
Tue 19-Sep-2006 03:53
Posted by:baby shafira nishagirl@gmail.com  - [Link]
View all 5 comments


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.